Ini Manfaat Pegaga Untuk Otak Anak Yang Sering Keletihan Dengan Aktiviti Di Sekolah


Siapa yang ada anak yang dah sekolah mesti akan terdetik rasa kasihan bila tengok anak balik dari sekolah dan keletihan. Saya pun macam tu juga. Huhu

Lepas anak balik dari sekolah, sejukkan badan kejap, tak sempat rehat, terus kena mandi, solat zuhur, makan dan bersiap ke kelas KAFA pula. Belajar lagi sampai la jam 5.45 petang.

Balik dari kelas KAFA, terus solat asar dan bermain. Kalau tak dapat main petang boleh menangis dia. Huhu

Malam lepas maghrib nak mengaji Al Quran pula, siapkan kerja rumah dan susun buku untuk esok pula. Hujung minggu ada latihan taekwondo. Memang tak sempat rehat la dia.

Tapi dia ok ja, siap happy lagi. Kita yang mak mak ni la risau dia letih ke apa. Risau kalau dia tak dapat fokus dalam kelas. Ada juga sediakan suplemen untuk bantu dia.

Semalam ada terbaca post FB Dr Rizal Abu Bakar.


Dr ada share tentang jus pegaga untuk bantu POWER UP OTAK ANAK. Menarik perkongsian beliau.

Saya kongsikan kat bawah ni ya..


Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.
Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.  
Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? 
Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial? 
Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka. 

Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:
1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan. 

2. Masukkan ke dalam blender.  

3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.  

4. Blend.  

5. Campurkan dengan madu atau gula apong (di Sarawak sahaja) atau gula kabong. 

Hidangkan. MUDAH dan CEPAT. 

Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK. .Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti ..#DrOtak #OCOC 
- Dr Rizal Abu Bakar


Kredit Gambar : MediaMaklumat.Com


Menarik kan? Macam sedap nampak air tu. Bahannya pun murah dan mudah dicari. Nak tanam sendiri kat rumah pun lagi bagus. hehe. Bukan anak je, emak ayahnya pun boleh la minum sekali.


Antara khasiat lain daun pegaga :



  • Membantu menyembuhkan luka dengan menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di bahagian yang luka.
  • Jus pegaga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu.
  • Ia boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.
  • Digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung.
  • Baik untuk para ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali bentuk badan.
  • Jus pegaga juga boleh digunakan untuk merawat ulser mulut.
  • Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas.
  • Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir.
  • Jus pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi. Ia dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
  • Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan.
  • Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.
  • Dapat membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.


Jom lah kita sama-sama tanam pegaga di rumah. Boleh buat jus pegaga setiap hari ! Hehe

Moga anak anak kita membesar sebagai anak yang sihat, cerhas dan cerdas, kuat fizikal dan mentalnya.

Baca juga >> 6 Teknik Didik Anak Yang Diamalkan Masyarakat Jepun






5 Cara Hukuman Yang Bahaya Pada Anak! Mak Ayah Wajib Tahu! - Dr Taufiq Razif


Baru-baru ni saya ada terbaca post di FB Taufiq Razif tentang 5 hukuman yang berbahaya pada anak.

Ini sebagai peringatan pada kita sebagai mak ayah ni. Kadang-kadang tu bila marah dah tak boleh nak kawal diri sendiri. 

Lepas tu mula la rasa menyesal, apatah lagi kalau kita terrrhukum anak secara berlebihan. Tengok pulak anak dah tertidur keletihan dengan esak tangis yang masih berbaki. Mau menangis pula si emaknya. Huhu

Jom kita baca dulu 5 hukuman yang berbahaya yang wajib kita elakkan..



1. Pukul Muka


Pukulan di muka dan kepala bukan saja dilarang di dalam agama tapi silap haribulan boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang lebih parah seperti gegaran pada otak (concussion) dan juga perdarahan di dalam otak.


2. Menampakkan kemarahan secara melampau

Kesalahan anak ada masanya perlu dibetulkan dengan hukuman tapi bila kita sebagai ibubapa menghukum mereka dalam keadaan emosi yang tak stabil anak akan menganggap hukuman yang kita beri tu sebagai pemuas nafsu amarah kita.

Jangan terkejut kalau anak kita boleh berdendam dengan kita kalau kita terus menghukum mereka dengan kemarahan yang tak terkawal.


3. Memukul sampai cedera atau luka

Rotan dibolehkan dalam agama tapi jangan sampai meninggalkan lebam atau bekas.

Lebam tu pun sendiri sebenarnya terhasil daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit tau. 

Sebenarnya rotan dibolehkan sebagai simbolik nak mendidik je. Bukan sebagai cara nak lepaskan rasa marah mak ayah pada anak sendiri.


4. Hypercritical dengan anak sendiri

Anak tertumpah air sikit kita bebel.

Anak tersilap sikat rambut sikit kita marah.

Anak tak sengaja tumpahkan makanan sikit pun kita melenting.

Anak salah pakai selipar pun kita dah mula naik angin dan bebel tak berhenti.

Mak ayah yang hypercritical ni bukannya tak sayang anak tapi ada benda yang tak setel dengan emosi dalamannya. 

Kalau tak dikawal, lama kelamaan ianya boleh bertukar menjadi penderaan lisan tanpa sedar (verbal abuse).


5. Memaki dan mengherdik tak berhenti

Emosi anak kita tersangat la rapuh. Bukan cuma fizikal anak je sedang berkembang, emosi mereka pun sebenarnya sedang berkembang. 

Apa je benda yang boleh mencederakan perasaan akan sangat membantutkan perkembangan emosi anak kita.

Sampai satu tahap makian dan herdikan ibubapa boleh bertukar menjadi penderaan emosi (emotional abuse).

Anak-anak yang biasa kena penderaan emosi ni akan tertinggal dalam pelajaraan, kurang keyakinan diri dan akhirnya boleh bersikap ganas terhadap kawan-kawan dan juga adik beradiknya sendiri!




p/s : Tolong ingatkan pasangan masing-masing ye. Jangan sampai anak dah besar baru nak ubah cara didikan. Parut di kulit mungkin boleh hilang tapi parut kecederaan emosi dan psikologi akan efek si anak sampai la ke tua nanti.




Terima kasih buat Dr Taufiq Razif di atas perkongsian yang amat berguna ini. Harap kita semua tak melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak masa kini.


9 Sebab Kenapa Mak Selalu Naik Angin Dan Bagaimana Untuk Ubah Tingkahlaku Anak-anak




“Lately ni saya selalu sangat marah anak-anak. Kadang-kadang sampai cubit pukul anak. Bila tengok muka mereka masa tidur rasa kesian pula sebab cubit mereka”

Naik angin atau amarah, adalah satu sikap yang kita perlu elakkan di dalam sebuah keluarga.


Kerana naik angin atau amarah itu merupakan satu aura yang sangat negatif dan boleh mengakibatkan sesebuah hubungan akan menjadi renggang, suram dan tiada kemesraan antara ibu dan anak.

Malah kesan daripada sikap itu akan mengakibatkan kita menjadi stress yang melampau jika kita tidak kawal!

Tapi sebagai ibu bukanlah satu amanah yang mudah untuk kita uruskan kesemua urusan rumah-rumah.


Lebih-lebih lagi menjadi ibu tapi pada masa yang sama kita lah ibu, isteri dan pekerja. Adakalanya sikap anak-anak yang membuatkan kita naik angin.

Ada 9 sebab yang selalu membuatkan ibu-ibu naik angin. Jika tidak mula di kawal pasti akan membuatkan kita makin bertambah stress dan hubungan pula mula renggang.

1. Anak Buat Sepah Dalam Rumah



Jangan pernah halang anak apabila mereka suka buat sepah di dalam rumah. Kerana mereka masih di dalam tahap “explore”.


Jika kita halang, mereka tetap akan buat sepah. Buat penat kita sahaja membebel.

Jadikan itu adalah proses untuk mereka belajar. Dalam mereka buat sepah kita terapkan aktiviti dan pembelajaran pada anak-anak.


Biarkan mereka menikmati masa kanak-kanak mereka. Pada masa yang sama, ia akan merangsangkan lagi minda anak-anak.


2. Main atau Buat Sesuatu Yang Dilarang

“Adik jangan main atas meja!”
“Adik jangan sentuh barang itu!”

Anak-anak mereka tidak faham kenapa kita melarang mereka untuk tidak bermain atau melakukan sesuatu perbuatan.


Bagi mereka, semua perkara mereka nak cuba. Masih lagi dalam tahap “explore” kan? Elakkan guna perkataan abstrak. Gunakan perkataan yang ringkas dan jelas.

Contohnya:
“Duduk depan tv sahaja ya tengok tv, jangan panjat meja nanti kepala
adik berdarah, adik menangis.”


3. Anak Meragam Tak Dapat Apa Yang Dia Nak


Kredit imej: sahm.in
Anak mula meragam bila apa yang dia mahu, kita tak tunaikan. Paling haru biru bila di tempat awam. Anak akan menangis semahu-mahunya. Pernah alami?


Tugas kita sebagai ibu, jangan cepat melenting. Cuba buat “eye to eye” dengan anak.


Daripada kita marah terus, apa kata kita pandang mata mereka dan cuba fahami apa sebenarnya mereka mahukan.

Cakap dengan intonasi yang tenang dan elakkan emosi yang negatif. Itu sebenanya cara paling mudah untuk kawal emosi apabila anak meragam.


4. Anak Manja Tak Tentu Pasal

Sebenarnya anak menjadi manja kerana mereka nak kan perhatian dan kasih sayang dari kita sahaja. Bagi mereka andalah segalagalanya.


Ada yang tak nak di pegang orang lain kerana mereka tidak rasa selamat.

Contohnya, anak nak susu. Mereka tak nak orang lain buatkan dan tak nak orang lain berikan sebab mereka merasakan tidak selamat.


Itu adalah cara anak-anak berinteraksi dengan kita. Jadi layankan manja mereka tapi jangan sampai keterlaluan.


5. Anak Merengek, Menjerit, Mengamuk dan Menangis


Adakalanya kita tak faham kenapa anak-anak merengek, menjerit, mengamuk dan menangis tanpa sebab. Semakin kita pujuk, semakin kuat anak buat perangai.


Memang akan mendatangkan stress, lebih-lebih lagi apabila kita balik kerja.


Sebenarnya anak-anak ada sebab kenapa mereka buat perangai seperti ini. Cuma mereka tak tahu macam mana nak memberitahu kepada kita.

Jadi mereka buat perangai sebabnya mereka nak kan perhatian kita kerana kita kurang memberi masa pada mereka.


6. Anak Baling Barang


kredit imej: bistsotoon.com

Apabila anak-anak baling barang, pasti akan timbul rasa geram dan marah pada kita. PASTI!


Tapi tahu atau tidak, sebenarnya anak-anak pada peringkat awal, mereka membaling barang sebenarnya mereka inginkan sesuatu pada kita.

Contohnya, kita beri mainan tapi mereka tidak mahu. Malah mereka membaling mainan tersebut, mungkin mereka mahu makanan atau pun susu. Cuba fahami apa yang mereka mahu.


7. Ibu Buat Kerja Rumah Tapi Anak Huru-hara


Bila si ibu sibuk buat kerja rumah, anak-anak pula sibuk bermain. Ada yang main luar rumah main paip jiran, kacau adik-beradik yang lain, berebut mainan, berlari dalam rumah. Pernah terjadi bukan?



Pasti timbul perasaan geram marah semua ada. Akhirnya kerja rumah pun tak settle. Pernah alami?

Jika terjadi masalah seperti di atas, jangan pernah salahkan anak kita sebulat-bulatnya. Kita pandang diri kita terlebih dahulu, adakah kita tunjukkan cara yang baik di hadapan anak?


Adakah kita pernah mendidik anak-anak untuk mengamalkan sikap saling sayang-menyayang antara satu sama lain?

Jika belum, kita ubah diri kita dahulu dan terapkan positif mindset pada diri kita. InshaAllah, apa yang kita tunjuk itu lah yang anak-anak “tiru”.


8. Anak Buat Tak Endah

Panas hati bila kita panggil atau minta buat sesuatu, anak buat-buat tidak dengar. Panggil banyak kali tetap tidak  dengar, rasa ringan sahaja tangan nak cubit anak.


Sebenarnya anak-anak tidak suka di arah atau di larang. Apatah lagi dengar perkataan “Jangan”.

Jadi cara yang terbaik adalah kita kena kawal emosi dengan menggunakan intonasi terendah dan terdalam.


9. Ibu Penat

Sebagai seorang ibu, bukan sahaja mengalami penat fizikal. Malah penat emosi dan mental.


Lebih-lebih lagi jika kita lah seorang ibu pada masa yang sama seorang ibu berkerjaya. Pasti penat dan mudah untuk naik angin dengan sikap anak-anak.

Untuk kawal perasaan penat itu, kita perlu tahu mengawal penafasan. Pernafasan adalah sangat penting dalam mengawal emosi.


Jika kita mampu mengawal pernafasan pasti kita dapat handle rasa penat itu.

Bila kita dah faham punca-punca kita naik angin, sebenarnya mudah untuk kita atasi. Kerana kita faham anak-anak buat perangai bersebab bukan sahaja suka-suka.

Rumah yang aman dan tenteram adalah bermula dengan emosi. Jika kita sebagai ibu bapa tahu mengawal emosi, pasti rumah aman dan tenteram.


Baiklah, Sekarang Giliran Anda Untuk Ambil Tindakan!


Dalam artikel ini, anda telah baca 9 sebab kenapa mak selalu naik angin dan bagaimana untuk ubah tingkahlaku anak-anak supaya mereka lebih mendengar dan kurang melakukan perkara-perkara yang kita tidak suka.

Jangan baca sahaja. Kalau nak perubahan yang anda inginkan, apa yang perlu anda buat sekarang ialah bertindak.

Untuk mengubah tingkah laku anak-anak, jangan lupa untuk:

+ Jangan halang anak buat sepah. Ajar mereka untuk kemas setiap kali mereka membuat sepah. Lama-kelamaan, mereka akan faham apabila usia bertambah.

+ Elakkan guna perkataan abstrak. Gunakan perkataan yang ringkas dan jelas.

+ Fahami apa sebenarnya mereka mahukan. Cakap dengan intonasi yang tenang dan elakkan emosi yang negatif

+ Layankan manja mereka tapi jangan sampai keterlaluan.

+ Jika anak-anak suka merengek, mengamuk, menangis dan sebagainya, berikan perhatian kepada mereka.

+ Apabila anak-anak mula membaling barang, itu tandanya anak mungkin mahu makanan atau pun susu. Cuba fahami apa yang mereka mahu.

+ Ubah diri kita dahulu dan terapkan positif mindset pada diri kita

+ Kawal emosi dengan menggunakan intonasi terendah dan terdalam

+ Pernafasan adalah sangat penting dalam mengawal emosi. Jika kita mampu mengawal pernafasan pasti kita dapat handle rasa penat itu.


Nak belajar Bagaimana Mengubah Tingkahlaku Anak-anak?


Sebelum anda beredar, luangkan masa 2 minit untuk baca perkongsian seterusnya. Sebab ia mungkin akan merubah kehidupan anda 360 darjah.

Dr. Taufiq Razif, pakar dalam bidang kekeluargaan, ada sediakan satu panduan lengkap menggunakan beberapa teknik-teknik mudah yang anda boleh aplikasikannya dengan segera. 

Teknik-teknik yang didedahkan mengajar bagaimana untuk mengubah tingkahlaku anak-anak yang kuat meragam, tantrum, marah-marah, merajuk dan yang tingkah-tingkah laku yang selalu buat kita naik angin.

Apa yang di share dalam blog ini hanyalah 10% sahaja daripada keseluruhan kontent yang akan anda belajar dalam Formula Mudahnya Kawal Emosi Ibu Anak. 

Dr. Taufiq Razif juga bongkarkan kesalahan no.1 ramai ibubapa selalu buat semasa menegur anak-anak yang sedang mengamuk, menjerit, tantrum, dan merengek. 

Kesannya sangat bahaya dan mengundang masalah pisikologi yang negatif…
…dan anda tidak mahu perkara tersebut berlaku kerana ia memberikan kesan jangka panjang hingga dewasa.

Jika anda masih baru pertama kali mendengar pasal Formula Mudahnya Kawal Emosi Ibu Anak ni, anda tak perlu risau.

Sebab Dr. Taufiq Razif akan kongsikan step by step untuk mengawal emosi dengan pelbagai teknik dan kaedah dan pada masa yang sama mengurangkan stress yang terpendam akibat lama menyimpan kemarahan.

… mulai dari perubahan mindset, cara kawal pernafasan, urutan accupressure sampai ke memenuhi keperluan anak, teknik bercakap dan menukar emosi anak hanya melalui sentuhan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...